Blog Widget by LinkWithin

Terapi Getaran Warna - Rahsia Air

>> Tuesday, March 10, 2009


Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak pernah kita berfikir tentang air, rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.


CVT mengajak kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?


Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.

Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.

Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu. Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut.

Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Bahan-bahan disediakan oleh:
Faculty University Science of Colours
Affiliated to:
The Open International University for Complementary Medicinies (OIUCM)


Baca seterusnya...

Pengenalan Kepada Terapi Getaran Warna



Bismillahirrahmanirrahim.

COLOUR VIBRATION THERAPY (CVT) atau terapi getaran warna adalah suatu kaedah perawatan penyakit berasaskan sains fizik dan berkonsepkan Islamisasi ilmu yang menilai tahap-tahap spiritual, emosional, mental dan fizikal seseorang ke arah keseimbangan semulajadi secara tepat dan menyeluruh.
Perawatan ini dihasilkan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab, juga sebagai pengasas CVT, yang menumpukan keharmonian dalam kesihatan melalui penghasilan teori-teori dan penawar yang cukup relevan di alaf baru ini.
CVT turut memperkenalkan kaedah pengesanan penyakit melalui kaedah "Applied kinesologi" - kinesologi gunaan pada otot tangan untuk mengesan sebarang masaalah atau jenis penyakit.
CVT juga boleh mengesan warna diri atau aura seseorang sebagai tujuan mengenalpasti level atau tahap keperibadian yang menjelaskan ciri-ciri atau personaliti, pemikiran dan corak penghidupan. Dengan mengenal diri, seseorang itu akan lebih bersemangat dalam kehidupan, lebih tenang dalam segala ruang yang dilalui dan menikmati keharmonian sepanjang masa.

CVT menyediakan kaedah perawatan penyakit melalui penawar-penawar seperti Pati Bunga Aromaterapi (Seri Wajah), Formula NW, Alga dan lain-lain. Sementara konsep mandian atau rendaman ais (hidroterapi ais) yang diperkenalkan oleh CVT sebenarnya berilhamkan amalan tradisi yang disesuaikan dengan lebih praktikal dan berasaskan kepada idea-idea saintifik. Pendekatan terapeutik CVT melalui hidroterapi ais dalam rawatan pemulihan penyakit atau keharmonian diri melalui rangsangan semula sistem kederiaan tubuh secara serentak bermula dari tahap bawahan (fizikal) hingga ke tahap spiritual ke arah keseimbangan sebagai kaedah paling selamat dan semulajadi.

CVT sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.
Bahan-bahan disediakan oleh:
Faculty University Science of Colours
Affiliated to:
The Open International University for Complementary Medicinies (OIUCM)

Baca seterusnya...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP