Blog Widget by LinkWithin

Berbeza biar berpada.

>> Wednesday, January 16, 2013

Berbeza pendapat adalah lumrah dalam kehidupan ini. Waima dengan pasangan masing-masing pun kita selalu berbeza pendapat. Cumanya sedih kita berbeza pendapat kerana disebabkan maklumat yang salah & kita tiada usaha untuk mencari kebenaran. Mencari kebenaran adalah menjadi tanggungjawab setiap individu. Kerana tanpa maklumat yang tepat@hak kita berkecenderungan untuk memperjuangkan sesuatu yang salah. Jangan disebabkan kita dimiliki atau kita rasa kita milik sesuatu kumpulan tertentu, segalanya benar tentang apa yang diperkatakan oleh kumpulan kita. Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya. Sikap orang beriman telah diajar oleh Allah swt ketika menerima berita: لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ {Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata} [An-Nur: 12] Semuga catatan ringkas ini ada manfaatnya kepada kita semua. In syaa Allah

Baca seterusnya...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP