Blog Widget by LinkWithin

iTeacher™

>> Saturday, April 10, 2010



iTeacher™


Satu produk penyelidikan penyelidik-penyelidik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Hanafi Atan (dengan Prof Madya Dr Zuraidah Abd. Rahman dan Prof Madya Omar Majid). Pembangunan produk bermula pada tahun 2006.

Penyelidikan dan Pembangunan dibiayai oleh beberapa geran penyelidikan daripada:

i. The Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
ii. The Ministry of Higher Education (MOHE)
iii. The Universiti Sains Malaysia (USM)

Ciri-ciri unik

A. Isi kandungan yang komprehensif.
B. Dibangunkan mengikut Prinsip Rekabentuk Pengajaran termasuk gambar dan
grafik.
C. Alihbahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk terminologi-
terminologi tertentu.
D. Pautan ke sumber luaran (laman web lain dan animasi) daripada isi kandungan.
E. Bilangan contoh soalan dan penyelesaian yang banyak.
F. Avatar Pintar ialah agen pedagogi (tutor, jurulatih atau guru) yang terdiri
daripada avatar maya menyerupai manusia. Ia memberikan maklumbalas
berinteraktif terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya melalui suara dan
teks. Ia mempunyai darjah keserupaan manusia yang tinggi dan memberikan
maklum balas pintar terhadap semua soalan(soalan social dan yang berkaitan
dengan isi kandungan) yang dikemukakan kepada avatar.
G. Animasi (dibangunkan sendiri).
H. Tutorial 'powerpoint' atas permintaan.
I. Penilaian berinteraktif.
J. Alat Pembelajaran lain (rajah berinteraktif, pembuka minda, e-book, mainan
pendidikan dan lain-lain.)

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP